Sunday, November 14, 2010

hakikatnya disini....

semalam adalah semalam..hari yang indah tapi tinggal kenangan...jauh.jauh.
hari ini adalah sekarang..harus aku lalui dengan kekuatan..kuat.kuat.
aku terasa aku makin membesar.
tapi mungkin pemikiran belum matang..mencuba menjadi matang..
Tuhan, aku ini hamba yang lemah.
Aku sering leka menjadi hambamu..
Tuhan, aku ini punyai hati yang lemah.
Kuatkanlah diriku ya Allah..
Tuhan, kuatkanlah hati ku ya Allah.
Agar aku tak terpesong menjadi hambamu..
Agar aku lalui hari-hari mendatang dengan keredhaanmu.
Tuhan, kau matangkanlah pemikiran hambamu ini..
Agar aku sentiasa matang dalam kehidupan ini..
Tuhan, kau dekatkanlah diriku padamu.
Agar aku takkan sesekali melupakanmu.
Dan akan selalu mencintaimu..
Tuhanku, sesungguhnya aku malu untuk menyerah diri kepadamu..
kerana dosa-dosa lampau yang sering menyelubungiku..
Tuhan, terima kasih untuk nafas yang ku hembuskan ini..
Tanpanya aku mungkin tak bernyawa lagi.
Terima kasih Tuhanku. =)

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Bebelan Aku ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Post a Comment

..ASSALAMMUALAIKUM..
sila tinggalkan komen anda disini
SATU pown jadi lah ! hehe